Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Wanita Langgar Mati Lapan Remaja Basikal Lajak Dijatuhkan Hukuman Denda, Penjara Enam Tahun

Hukuman setimpal dijatuhkan kepada tertuduh!
Muhammad Izwan Zainal
13 Apr 2022, 02:23 PM

Seorang kerani wanita disabitkan kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu akhirnya dijatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini.

Keputusan diambil Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan tertuduh, Sam Ke Ting, 27 tahun, daripada tuduhan terbabit dibatalkan serta merta.

wanita langgar mati lapan remaja basikal lajak dijatuhkan hukuman denda, penjara enam tahun

Malah, hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara terhadap tertuduh.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusan rayuan kes berkenaan.

Tambahnya, faktor seperti kepentingan awam dan hujahan pihak berkaitan dalam rayuan tersebut juga diambil dalam membuat keputusan.

"Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.

"Mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian," katanya.

wanita langgar mati lapan remaja basikal lajak dijatuhkan hukuman denda, penjara enam tahun

Prosiding rayuan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.

Terdahulu, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Mangsa yang terbabit melibatkan 8 remaja iaitu Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 tahun; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14 tahun; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16 tahun; Fauzan Halmijan, 13 tahun; Mohamad Azhar Amir, 16 tahun; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 tahun; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 tahun; dan Haizad Kasrin, 16 tahun.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}