Seorang mangsa banjir di Indonesia yang sarat hamil terpaksa melahirkan anaknya atas perahu ketika dalam perjalanan ke hospital.
Wanita yang dikenali sebagai Ernawati dari Indonesia ini pada mulanya didatangi dua orang bidan untuk membawanya ke hospital.
Namun keadaan banjir dikampung mereka agak teruk dengan hampir semua jalan raya ditenggelami air, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan perahu untuk ke hospital.
Sebaik sahaja menaiki perahu, wanita terbabit tidak dapat menahan kesakitan dan merasakan bayinya itu sudah mahu keluar.
Tanpa melengahkan masa, dua orang bidan yang berada dengannya membantu proses bersalun atas perahu yang dinaiki mereka dengan selamat.
Tidak lama kemudian, Ernawati selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.3 kilogram. Bayi itu diberikan nama Siti Noor Banjiriah, sempena tempat lahirnya atas perahu ketika musim banjir.
Sumber: Kompas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.