Seorang penumpang wanita telah mencetuskan keadaan huru-hara apabila beliau nekad untuk keluar dari pesawat dan berjalan ke bahagian sayap kapal terbang.
Penumpang Boeing 737-86N bagi penerbangan Antalya ke Turki itu telah pun mendarat dan penumpang sedang mengambil giliran untuk keluar.
Wanita berkenaan bagaimanapun merasa panas dan berjalan hingga ke pintu kecemasan, membuka pintu dan keluar.
Ekoran daripada tindakan wanita itu, pasukan kecemasan, polis dan pegawai imigresen telah dihubungi kerana khuatir wanita itu melakukan perkara tidak sepatutnya.
Wanita berkenaan kembali masuk ke pesawat dengan selamat dan diminta untuk memberi penjelasan kepada polis berhubung tindakannya itu.
Katanya, beliau merasa terlalu panas ketika berada dalam kapal terbang terbabit dan hanya mahu mengambil angin seketika dibahagian sayap pesawat.
Beliau akhirnya dibebaskan daripada pengaruh alkohol bersama suami dan dua anaknya.
Sumber: Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.