Kucing sememangnya mempunyai pelbagai gelagat yang mencuit hati. Ada masanya ia tidur, dan ada masanya ia lincah bermain.
Ketika kucing sedang hyper, habis satu rumah dikerjakannya. Kebiasaannya pada waktu malam mereka akan menjadi terlebih aktif, hingga menyebabkan barangan berharga seperti pasu menjadi mangsa.
Jika si manja anda terlalu nakal dan tidak reti untuk duduk diam, mungkin anda boleh menggunakan teknik ini bagi ‘shut down’ kucing anda.
Menerusi perkongsian video TikTok @kendahlsss, beliau menemui cara bagi mendiamkan kucing iaitu dengan memasukkan hujung jari pada mulut si bulus. Dikatakan cara itu berkesan dan membuatkan kucing miliknya terus tertidur, bagaikan sedang menekan butang ‘shut down’.
Tidak dapat dipastikan keberkesanan cara ini pada kucing-kucing yang lain. Mungkin anda boleh cuba dan beritahu kami kesannya?
Sumber: TikTok @kendahlsss
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.