Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Wanita Tak Sangka Menang RM4.15 Juta Lepas Cucuk Vaksin COVID-19, “Adakah Saya Bermimpi, Betul Ke Ini”

Wah! Seronoknya!
Muhammad Izwan Zainal
11 Nov 2021, 03:00 PM

Seorang penuntut di Australia menjadi jutawan selepas mendaftar kempen pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Memetik laporan Daily Star, Joanne Zhu berjaya memenangi wang tunai sebanyak AS$1 juta (kira-kira RM4.15 juta) selepas menjadi seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

Inisiatif itu di bawah kempen Million Dollar Vax dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin Covid-19.

“Adakah saya bermimpi, adakah ini benar? Saya tidak percaya,” katanya.

Wanita itu mengakui terlepas panggilan kerana sedang bekerja dan cuba menghubungi semula nombor tersebut.

wanita tak sangka menang rm4.15 juta lepas cucuk vaksin covid-19, “adakah saya bermimpi, betul ke ini”

Dia terkejut apabila dimaklumkan sebagai pemenang tunggal di Australia bagi kempen tersebut.

Zhu bersyukur dengan hadiah yang dimenanginya dan berhasrat untuk berkongsi wang tersebut bersama keluarga tercinta yang berada di China.

“Saya mahu menerbangkan keluarga saya keluar dari China supaya mereka dapat menginap di hotel lima bintang untuk sambutan Tahun Baru Cina, jika sempadan dibuka.

“Selain itu, saya mahu membeli hadiah untuk keluarga dan laburkan baki wang itu supaya boleh menjana lebih banyak wang pada masa hadapan dan untuk membantu orang ramai,” ujarnya.

wanita tak sangka menang rm4.15 juta lepas cucuk vaksin covid-19, “adakah saya bermimpi, betul ke ini”

Malah, Zhu berharap kadar vaksinasi di negara tersebut meningkat bagi usaha melindungi masyarakat daripada virus berbahaya itu.

Sekumpulan dermawan dan syarikat menubuhkan Kempen Million Dollar Vax Alliance untuk meningkatkan kadar vaksin dengan menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.

Lebih AS$4.1 juta (kira-kira RM17.01 juta) diperuntukkan sebagai hadiah kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar pengambilan vaksin.

Sumber: [1] [2]

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}