Seorang wanita dilaporkan sesat di dalam hutan di Jeli, Kelantan kini sudah ditemui selamat di tepi jalan Kuala Balah pada Jumaat.
Anggota bomba menemui mangsa yang dipercayai mengalami masalah kemurungan kira-kira jam 4.30 petang lalu.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Abdullah memaklumkan lebih tujuh orang anggota dikerahkan ke lokasi misi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan separuh sedar selepas setengah jam SAR digerakkan.
“Kita menemui mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi terakhir dia meninggalkan motosikalnya sebelum dilaporkan hilang,” katanya.
Malah, lima anggota polis dan penduduk setempat turut membantu dalam misi kali ini dan dipecahkan kepada dua kumpulan bagi mempercepatkan proses mencari dan menyelamat di hutan tersebut.
“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Balah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Difahamkan, mangsa dilaporkan meminjam motosikal saudaranya dengan alasan untuk mengambil angin di tepi sungai berhampiran kawasan berkenaan sebelum dilaporkan hilang.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.