Seorang wanita warga emas yang dipercayai telah meninggal dunia akibat virus COVID-19 tiba-tiba sedar beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan di Baramati, India.
Memetik laporan India Today, Shakuntala Gaikwad disahkan positif COVID-19 dan dibawa ke hospital pada 10 Mei selepas keadaan kesihatannya semakin buruk.
Wanita berusia 76 tahun itu tidak sedarkan diri dan disangka telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu.
Sejurus selepas itu, 'mayatnya' dibawa pulang ke rumah keluarganya.
Namun, Gaikwad tiba-tiba membuka mata dan terus menangis ketika upacara pembakaran mayat sedang dilakukan.
Menurut pegawai polis, Santosh, wanita itu terus dikejarkan ke Hospital Silver Jubilee bagi menerima rawatan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.