Seorang wanita membawa 23 orang ahli keluarganya ke sebuah janji temu dengan seorang lelaki akhirnya memakan diri apabila dia terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipesan berjumlah AS$3,100 (RM12,857).
Dilaporkan, wanita berkenaan bertindak sebegitu untuk melihat dan menguji sifat pemurah lelaki itu namun sebaliknya berlaku.
Memetik laporan Taizhou Evening News, wanita itu keluar berjanji temu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lui di sebuah restoran yang terletak di wilayah Zhejiang, China.
Malah, janji temu itu diaturkan oleh ibu Lui kerana bimbang dengan anaknya yang masih solo dan belum mempunyai pasangan.
Lui pada awalnya bersetuju untuk membayar makanan untuk janji temunya itu tetapidia berubah fikiran apabila wanita itu membawa bersama ahli keluarganya yang lain.
Tambahnya, Lui hanya membayar bil makanan miliknya sahaja dan meminta wanita itu sekeluarga untuk membayar bil makanan bahagian mereka.
Sumber: New York Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.