Jika anda adalah seorang peminat durian dan tahu dimana port durian paling sedap, apa kata anda cadangkan pada seorang wanita yang berasal daripada Amerika Syarikat ini.
Lindsay Gasik, 29, adalah salah seorang penggemar durian dan kini menetap di Malaysia. Beliau mula merantau ke Asia Tenggara sekitar tahun 2012.
Lindsay yang mempunyai laman blog sendiri berkenaan durian (yearofthedurian.com/blog) mula mencintai durian ketika terbau bau aneh pada sebuah festival di negaranya.
"Ketika saya sampai di sebuah festival makanan di Central Point, Amerika Syarikat, saya ada terbau bau yang aneh. Saya tidak fikir ia adalah busuk tetapi ia bukan sesuatu yang saya pernah cuba makan sebelum ini. Saya tidak tahu apa itu, " katanya.
Sejak dari itu, beliau mula mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi mencari buah durian dan perjalannnya itu direkodkan dalam blog yang mendapat sambutan hampir 1,000 orang pembaca setiap hari.
Sehingga hari ini, Lindsay sudah mengembara ke 13 negara termasuk Thailand, Singapura, Brunei, Sri Lanka, India, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Filipina.
Sumber: yearofthedurian.com/blog
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.