Seorang wanita dari Oklahoma, Amerika Syarikat telah melahirkan sepasang kembar tak seiras yang mempunyai warna kulit dan anak mata yang berbeza, hingga telah menimbulkan tanda tanya pada orag ramai.
Sarah Jones, melahirkan seorang bayi perempuan berkulit putih dan bermata biru, dan seorang bayi lelaki berkulit gelap dengan mata perang. Bayi perempuan itu diberikan nama Malaysia, manakala bayi lelaki itu diberi nama Malachi.
“Semua empat anak saya jauh berbeza tetapi mereka bergaul dengan baik. Ramai yang bertanya sama ada Malaysia dan Malachi anak angkat atau mempunyai ayah kandung berlainan, malah mereka tidak menyangka kedua-duanya kembar,” kata Jones.
Terdahulu, Jones sudah mempunyai seorang anak berusia enam tahun berkulit gelap, dan seorang lagi berusia dua tahun yang berkulit cerah.
Sumber: That’s Life!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.