Adakah anda perasan dengan kesilapan pada wang kertas diatas? Jika ya, anda mungkin boleh berkerja dengan Reserve Bank of Australia.
Wang kertas $50 baru Australia telah diperkenalkan sejak Oktober tahun lalu, dilaporkan mempunyai kesilapan pada ejaan ‘responsibility’, tetapi dieja dengan ‘responsibilty’, tanpa huruf ‘I’.
Kesilapan ejaan itu terdapat dalam ucapan wanita pertama parlimen Australia, Edith Cowan. Terdapat 3 kali kesilapan ejaan pada wang kertas ini.
"It is a great responsibilty [sic] to be the only woman here, and I want to emphasise the necessity which exists for other women being here,"
Menurut rekod, terdapat 46 juta keping wang kertas $50 baru ini telah dicetak dan diedarkan diseluruh Australia.
Sumber: CNET
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.