Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Jemaah Di Selangor Wajib Lengkap 2 Dos Vaksin, Penggalak Sebelum Hadir Solat Jumaat - “Langkah Dibuat Ikut Situasi Semasa COVID-19”

Warga Selangor kena patuhi ya sebelum ke masjid tu!
Muhammad Izwan Zainal
23 Feb 2022, 06:00 PM

Bermula 25 Februari ini, warga Selangor boleh menunaikan solat fardhu, solat Jumaat di masjid seluruh Selangor tetapi hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor, pihaknya sudah memaklumkan kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu.

Pelaksanaan ini diambil sebagai langkah meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard di masjid, surau dan musolla di Selangor selain usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.

jemaah di selangor wajib lengkap 2 dos vaksin, penggalak sebelum hadir solat jumaat - “langkah dibuat ikut situasi semasa covid-19”

Ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, baginda menzahirkan kebimbangan terhadap situasi COVID-19 negara akan menjadi semakin buruk tetapi selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda berkenan agar peningkatan penguatkuasaan perlu dilaksana pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor.

“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

jemaah di selangor wajib lengkap 2 dos vaksin, penggalak sebelum hadir solat jumaat - “langkah dibuat ikut situasi semasa covid-19”

“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

“Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.

Vantilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla juga perlu dititikberatkan bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu.

Tambahnya, sanitasi mesti dibuat pihak pengurusan secara berjadual terutamanya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}