Wabak coronavirus yang menyerang China dan seluruh dunia telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban.
Terbaru, China melaporkan terdapat kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan yang terletak disempadan selatan wilayah Hubei.
"Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.
"Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam," kata Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China.
Virus H5N1 ini juga boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk kepada burung dan ayam.
Bagaimanapun, menurut WHO, adalah sukar untuk jangkitan daripada haiwan kepada manusia boleh berlaku, namun ia tidak mustahil.
Setakat ini masih belum ada kes jangkitan dilaporkan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.