Villarreal muncul juara Liga Europa (UEL) bagi tahun ini selepas menewaskan Manchester United di Stadium Gdansk awal pagi tadi.
Aksi pertama permainan agak membosankan apabila Gerard Moreno membuka jaringan bagi menyamai rekod Giuseppe Rossi sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Yellow Submarine.
Malah, Edinson Cavani menyamakan kedudukan buat United pada awal babak kedua untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan diheret ke masa tambahan.
21 pemain menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan kejuaraan itu sehinggalah penjaga gol United, De Gea, melakukan sepakan lemah untuk mudah diselamatkan Geronimo Rulli, sekali gus Villarreal muncul juara selepas memenangi penentuan sepakan penalti 11-10.
VILLARREAL 1 MANCHESTER UNITED 1
(Villarreal juara selepas menang penentuan penalti 11-10)
Akhirnya, Villarreal diangkat sebagai juara dan layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan susulan memenangi kejuaraan utama Eropah buat kali pertama dalam sejarah.
Sumber: Stadium Astro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.