Aksi final Piala FA 2019 membabitkan pasukan Kedah dan Perak malam semalam turut mencipta sejarah tersendiri apabila ‘Viking Clap’ besar-besaran telah diadakan sebelum acara sepak mula.
Viking Clap yang diadakan dalam stadium yang menempatkan 83,520 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil ini telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records.
Acara itu adalah salah satu inisiatif daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menghangatkan perlawanan akhir antara Perak dan Kedah.
Kedah juga sah dinobatkan sebagai juara Piala FA 2019 selepas Mohd Fadzrul Danel berjaya menjaringkan gol pada babak pertama masa tembahan.
Tahniah!
Sumber: MFL
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.