Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mahu melupakan segala rekod perlawanan lalu menentang Malaysia dan mahu pasukannya menumpukan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 malam ini.
Dalam sidang media semalam di Hanoi, Hang-seo berkata, rekod kemenangan lepas tidak memberi apa-apa kelebihan buat mereka.
“Saya tak peduli mengenai rekod pertemuan sebelum ini. Barang yang lepas jangan dikenang. Saya tidak dapat beri jaminan 100 peratus, tetapi saya optimis kami boleh menang dalam perlawanan ini.”
Tambah jurulatih berusia 60 tahun itu, Malaysia kini jauh lebih kuat berbanding skuad terdahulu dengan corak permainan yang lebih kemas dan stabil.
Beliau juga mahu anak buahnya mengawal tiga tonggak utama penyerang Malaysia iaitu Syafiq Ahmad, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid.
Perlawanan malam ini, skuad Vietnam selaku tuan rumah akan bertemu pasukan negara pada jam 8 malam secara live di Astro Arena HD.
Sumber: Semuanya Bola
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.