Vietnam kini sedang membangunkan sebuah aplikasi mirip Facebook, diberi nama Gapo.
Gapo telah dilancarkan sejak Isnin, sekali gus menjadi laman sosial terbaru di Vietnam dan mensasarkan seramai 20 juta pengguna menjelang tahun 2021.
Namun begitu, laman sosial berkenaan telah mengalami gangguan teknikal ekoran terlalu ramai pengguna cuba mendaftar akaun Gapo.
Malah, ada pengguna yang telah disekat pendaftaran mereka dan ramai juga yang gagal menggunakan aplikasi tersebut.
Menurut pengasas bersama Gapo, Duong Vi Khoa berkata Gapo tidak mempunyai niat untuk bersaing dengan mana-mana media sosial sebaliknya hanya untuk menggalakkan penduduk mereka untuk bersosial menggunakan laman sosial sendiri.
Sumber: Channel News Asia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.