Fungsi ‘like’ dan ‘dislike’ pada Youtube membolehkan kita mengundi sama ada kita suka atau tidak pada video yang telah dikongsikan di Youtube ini.
Jadi apa agaknya top video yang paling banyak dislike di Youtube sehingga penghujung tahun 2018 ini?
#7. Rebecca Black – Friday (3.7 juta dislike)
Dengan tontonan sebanyak 127 juta, video Rebecca Black ini mendapat dislike sebanyak 3.7 juta.
#6. Luis Fonsi - Despacito ft. Daddy Yankee (3.7 juta dislike)
Video yang dimuatnaik sekitar penghujung 2017 ini mendapat tontonan sehingga 5.7 billion tontonan, dengan dislike sebanyak 3.7 juta.
#5. PewDiePie – Can this video get 1 million dislikes? (3.76 juta dislike)
Seorang Youtuber, PewDiePie, dengan sengaja memuatnaik video dengan menggalakkan orang ramai untuk dislike videonya, dan ia berhasil! Sehingga kini video tersebut mendapat tontonan sehingga 15 juta tontonan dengan 3.76 juta dislike.
#4. Official Call of Duty: Infinite Warfare Reveal Trailer (3.77 juta dislike)
Trailer permainan video berkenaan mendapat tontonan sehingga 41 juta, namun dislikenya sehingga 3.77 juta. Sebab dislike adalah kerana kualiti, plot dan arah tuju permainan tersebut yang dipercayai tidak memuaskan.
#3. Jake Paul – It’s Everyday Bro (Song) feat. Team 10 (4 juta dislike)
Disebabkan video berkenaan dilihat terlalu try hard , ia mendapat rekod dislike sebanyak 4 juta! Tetapi view not bad iaitu 223 juta tontonan dengan 2 juta like.
#2. Justin Bieber – Baby ft. Ludacris (9.9 juta dislike)
Dulu-dulu, ramai juga yang anti bieber dan disebabkan itu, video nyanyian penyanyi remaja berkenaan mendapat dislike sehingga 9.9 juta!
#1. YouTube Rewind 2018: Everyone Controls the Rewind (11 juta dislike)
Menampilkan lebih daripada 100 bintang Youtube, sehingga kini video berkenaan mendapat tontonan sehingga 126 juta tontonan dan dislike paling tinggi dalam sejarah iaitu 11 juta dislike!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.