Satu perkongsian video oleh Nasrul Mohamed ini pasti akan membuatkan ramai sebak.
Video memaparkan individu orang kelainan upaya (OKU) yang berguling di dalam masjid untuk menunaikan solat.
"Berbuka puasa kali ini amat membuka naluri dan perasaanku. Beliau datang ke masjid dengan berguling, aku datang dengan mobil," katanya.
Video yang dipercayai dirakam di Masjid Kubang Kerian ini membuatkan ramai netizen sebak dan turut mendoakan semoga Allah SWT memudahkan urusan insan terbabit.
Jadi, apa alasan kita untuk tidak menunaikan kewajipan beribadah?
Sumber: Nasrul Mohamed via Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.