Tindakan tidak bertanggungjawab oleh seorang pemilik kenderaan yang meninggalkan dua ekor kucing dalam keretanya ketika cuaca panas, telah mengundang kemarahan orang ramai.
Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu menunjukkan dua ekor kucing yang dilihat kepanasan sambil terjelir lidahnya gara-gara kurang oksigen, ditinggalkan oleh pemilik dalam sebuah parkir di sebuah pusat membeli-belah di Kulai, Johor.
Menerusi akaun Facebook Tokdaeng Tokpiee, beliau yang menyaksikan kejadian itu sedih melihat kucing yang terjelir kepanasan.
Kucing itu juga kelihatan lemah dan matanya berair seolah-olah sedang menangis.
Beliau dilaporkan segera ke kaunter perkhidmatan pelanggan dan membuat pengumuman kepada pemilik kenderaan.
Rata-rata yang berkongsikan video berkenaan turut meluahkan rasa marah pada pemilik kenderaan yang dilihat tidak bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.
Sumber: Tokdaeng Tokpiee
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.