Seorang pakar di Thailand mendapati varian Omicron mampu bertahan empat kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding varian asal.
Menurut Ketua Pusat Maklumat bagi Penyakit Berjangkit Baru Muncul di Universiti Chulalongkorn, Dr. Thiravat Hemachudha memberi amaran setelah merujuk satu kajian yang dijalankan di Jepun.
Virus Covid-19 mampu hidup 20 kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding kulit seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut.
“Pada permukaan plastik, varian asal yang ditemui di Wuhan mampu stabil selama 56 jam, varian Gamma selama 59.3 jam, Delta dengan 114 jam, Beta selama 156 jam, Alpha dengan 191.3 jam dan Omicron selama 193.5 jam,” katanya.
Tambahnya, varian asal akan kekal stabil selama 8.6 jam, Gamma (11 jam), Delta (16.8 jam), Beta (19.1 jam), Alpha (19.6 jam) dan Omicron (21.1 jam) untuk daya ketahanan virus pada permukaan kulit manusia.
“Meskipun Omicron kurang cenderung menyebabkan gejala teruk terhadap pesakit, adalah penting untuk kita kerap membersihkan permukaan seperti meja, kerusi dan tombol pintu di rumah dan tempat kerja.
“Orang ramai juga perlu kekal membasuh tangan secara kerap bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus Covid-19,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.