Institut Nasional Penyakit Berjangkit di Afrika Selatan mengesahkan para saintis sedang meneliti varian terbaru COVID-19 dengan kadar mutasi yang luar biasa tinggi dan kekerapannya semakin meningkat dalam tempoh beberapa bulan terakhir.
Varian C.1.2 itu ditemui ‘KwaZulu-Natal Research and Innovation and Sequencing Platform’ pada minggu lalu dalam kajian pra cetak yang belum dikaji semula.
Varian baharu ini mempunyai mutasi hampir dua kali lebih pantas daripada varian global yang lain.
Ia dikesan kurang daripada tiga peratus genom yang diuraikan sejak pertama kali diambil pada bulan Mei, walaupun sudah meningkat dari 0.2 menjadi 2 peratus bulan lalu.
Malah, varian C.1.2 hanya ‘hadir pada tahap yang sangat rendah’ dan terlalu awal untuk meramalkan bagaimana ia boleh merebak.
“Pada tahap ini kami tidak memiliki data eksperimen untuk mengesahkan, bagaimanapun ia bereaksi dari segi kepekaan terhadap antibodi.
“Tetapi, kami sangat yakin bahawa vaksin yang diberikan di Afrika Selatan akan terus melindungi orang ramai daripada penyakit dan kematian yang lebih parah,” kata penyelidik NICD, Penny Moore.
Setakat ini, varian C.1.2 sudah dikesan di sembilan wilayah di Afrika Selatan serta di negara lain, termasuk China, Mauritius, New Zealand dan Britain.
Sumber: AFP News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.