Legenda MotoGP, Valentino Rossi, mengumumkan persaraannya pada penghujung musim 2021 selepas terlibat selama 25 tahun dalam sukan permotoran.
Ia disahkan sendiri juara dunia MotoGP sembilan kali itu bahawa aksinya di Grand Prix Austria itu merupakan musim terakhirnya.
Sepanjang karier pelumba kelahiran Itali itu, beliau memenangi 115 perlumbaan Grand Prix dan 235 podium dalam 414 permulaan, selepas tidak bersama Yamaha dia mengambil keputusan untuk bersama Petronas namun hanya 17 mata diraih daripada sembilan perlumbaan pertama bagi musim 2021.
Tambahnya, pelumba legenda itu dijangka akan mengumumkan perancangan masa depannya dalam masa terdekat.
Rossi juga mengakui amat sukar baginya untuk melakukan keputusan ini dan memberitahu mengenai persaraannya.
“Ia merupakan saat yang paling sedih. Sukar untuk mengetahui tahun depan, saya tidak akan lagi berlumba dengan motosikal.
“Ia merupakan perjalanan yang cukup panjang dan telah dinikmati dengan cukup baik. Tahun depan, kehidupan saya akan berubah.
“Ia merupakan keputusan yang sukar tetapi pada penghujung semua sukan keputusan yang membezakan segala-galanya, jadi saya rasa ini adalah keputusan yang terbaik. Tiada apa yang boleh saya merungut mengenai karier saya,” katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.