Vaksinasi secara ‘walk-in’ atau jumpa terus di Lembah Klang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tamat bermula 16 September ini.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba memaklumkan perkara itu dilakukan susulan trend penurunan vaksinasi ketika ini kerana ramai penduduk sudah diimunisasi setakat ini.
“Saya ingin mengumumkan bahawa program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan dihentikan terus selepas 15 September ini,” katanya.
PICK masih berjalan lancar seperti biasa dengan jumlah 672 buah Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) diwujudkan di seluruh negara.
Masyarakat yang belum mendaftar untuk divaksinasi digalakkan berbuat demikian demi mencapai imuniti kelompok melebihi 80 peratus di seluruh negara.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.