Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Usah Risau! Vaksin COVID-19, Selesema Selamat Diambil Secara Serentak

Kajian di Britain mendapati vaksin selesema dan COVID-19 boleh diambil serentak serta tiada kesan negatif terhadap pengambilan kedua-dua vaksin itu.
Muhammad Izwan Zainal
01 Oct 2021, 12:06 PM

Pengambilan vaksin COVID-19 dan selesema secara serentak didapati selamat.

Malah kajian di Britain itu juga mendapati ia tidak memberi kesan negatif terhadap tindak balas imun yang dihasilkan oleh kedua-dua vaksin.

usah risau! vaksin covid-19, selesema selamat diambil secara serentak

Kajian yang diketuai University of Bristol itu mendapati kesan sampingan yang dilaporkan biasanya ringan hingga sederhana dalam ujian dengan tiga vaksin selesema dan vaksin COVID-19 Pfizer atau AstraZeneca.

Ketua kajian, Rajeka Lazarus berkata ini adalah langkah positif melihat kepada pengurangan janji temu untuk mengambil kedua-dua vaksin.

Kajian itu telah disampaikan kepada Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) untuk pertimbangan dalam membuat dasar bagi merancang program vaksinasi masa depan.

usah risau! vaksin covid-19, selesema selamat diambil secara serentak

Ia melibatkan 679 sukarelawan di 12 lokasi di seluruh England dan Wales serta dikeluarkan sebagai pracetak, dengan hasil penuh akan diterbitkan di Lancet.

Pada kajian itu, dos suntikan untuk kedua-dua vaksin selesema dan COVID-19 diberikan pada hari yang sama di kedua-dua belah tangan.

Satu kumpulan melakukan suntikan COVID-19 dan selesema pada lawatan pertama dengan suntikan plasebo diberikan pada lawatan kedua.

Manakala satu lagi kumpulan diberikan suntikan vaksin COVID-19 dan suntikan plasebo untuk hari yang sama, disusuli suntikan vaksin selesema pada hari kedua.

Kajian turut mendapati 97 peratus peserta mengatakan bahawa mereka bersedia mendapatkan dua vaksin pada janji temu yang sama pada masa akan datang.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us