Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan ramai individu mengalami depresi dan kesihatan mental yang melampau.
Ketahuilah penjagaan kesihatan mental adalah tanggungjawab kita semua dan ia boleh diperangi sejak awal lagi.
Usah rasa dibebani masalah ini kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri serta orang tersayang kelak.
Berikut tips penjagaan kesihatan mental yang boleh anda ikuti;
#1 - Elakkan bersendirian dan kongsi perasaan anda dengan seseorang yang dipercayai.
#2 - Saling memberi kata-kata positif kepada diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan.
#3 - Saling berhubung dengan keluarga dan kenalan.
#4 - Amalkan teknik relaksasi.
#5 - Lakukan aktiviti fizikal di rumah.
#6 - Beribadat mengikut kepercayaan masing-masing.
#7 - Makan secara sihat.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.