Seorang usahawan terkenal, Carl Samsudin berjumpa semula dengan gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Abdul Hadi, pada Khamis.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, dia berkongsi sekeping gambar bersama warga emas itu sambil memejamkan matanya dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, warga emas tersebut turut memandangnya dengan pandangan yang begitu sayu.
“Saya minta maaf,” tulisnya.
Tindakan yang disifatkan memalukan gelandangan warga emas berkenaan pada Selasa lalu telah mendapat pelbagai reaksi warganet.
Dalam perkembangan lain, warga emas itu berkata di sebuah video bahawa dia tidak terasa hati dengan kata-kata yang diluahkan usahawan tersebut.
Dia juga bersyukur atas sokongan yang diberikan warganet kepadanya dan berterima kasih kepada mereka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.