Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 172 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 5 adalah kes import yang mendapat jangkitan diluar negara. Manakala 167 kes adalah penularan tempatan di mana 159 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia di mana 112 telah dikesan di 3 Depot Tahanan Imigresen (DTI).
Hanya 8 kes sahaja membabitkan penularan tempatan. Orang ramai juga tidak perlu bimbang kerana Depot Depot Imigresen ini merupakan tempat yang diasingkan daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.
Daripada jumlah ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 7,417, dengan kes aktif sebanyak 1,323 dan 8 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kematian baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal kepada 115 kes.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 34 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,979 kes setakat ini, atau bersamaan 80.61 peratus berbanding jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.