Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 50 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 21 Mei 2020. Daripada jumlah tersebut, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan diluar negara. Manakala 47 kes adalah penularan tempatan di mana 41 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Daripada jumlah terbaru ini juga, KKM turut memaklumkan kewujudan kluster baharu iaitu Kluster Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil dengan 35 kes positif.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 7,059, dengan kes aktif sebanyak 1,149 dan 10 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kematian baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal kepada 114 kes.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 90 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,796 kes setakat ini, atau bersamaan 82.11 peratus berbanding jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.