Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, banyak pihak yang tampil kreatif dengan cara sendiri bagi menggalakkan orang ramai agar patuh kepada penjarakan sosial.
Antaranya, sebuah universiti di Malaysia ini tampil dengan idea meletakkan papan gambar selebriti terkenal dunia disekitar kawasan kampus termasuk dewan kuliah, bagi menggalakkan pelajarnya agar patuh kepada arahan penjarakan sosial.
Sunway University menerusi laman Facebooknya telah mencuri perhatian ramai dengan idea kreatif berkenaan, sehingga mendapat ribuan perkongsian dan tanda suka.
Antara foto selebriti dan nama terkenal yang digunakan Sunway University ini adalah Will Smith, Taylor Swift, Yuna dan juga Woody daripada Toy Story serta Hello Kitty. Comel gila!”
“Our team of Social Distancing Companions have been briefed and are now on duty around the #MostHappeningCampus to keep you company as we continue practicing social distancing.
Who is your social distancing companion today? Take a photo and tag us on Facebook or Instagram (@sunwayuniversity) to share how fun social distancing can be! Stay safe, Sunwayians and see you around campus!”
Cara yang sama pernah digunakan oleh sebuah pekan di Perancis apabila mereka menggunakan patung beruang ditempat-tempat awam bagi tujuan penjarakan sosial dalam masyarakat.
Sumber: Sunway University
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.