Majlis undian kumpulan saingan kelayakan Piala Dunia 2022 telah diadakan di ibupejabat FIFA di Zurich secara virtual.
Hasil daripada undian itu, penyandang juara, France, berdepan laluan sukar untuk ke Qatar apabila diundi dalam kumpulan bersama Ukraine, Bosnia & Herzegovina, Finland dan Kazakhstan dalam kumpulan D.
Untuk rekod, pasukan Finland pernah menewaskan France dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Sementara itu, pasukan England pula dalam kumpulan I bersama Poland, Hungary, Albania, Andorra dan San Marino.
Ini adalah kali ketujuh England ditempatkan bersama Poland dalam kelayakan Piala Dunia, dengan rekod kali terakhir mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika mencari slot ke Piala Dunia 2014, sebelum Three Lions meraih kemenangan 2-0 di laman sendiri.
Senarai penuh kumpulan yang diundi adalah seperti berikut:
Qatar akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022, dimana ia akan menjadi Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Dunia Arab dan yang pertama di negara majoriti Muslim.
Sumber: UEFA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.