Aktivis masyarakat, Uncle Kentang telah dikejutkan apabila dijangkiti COVID-19 tahap 4 beberapa hari lalu sehingga menyebabkan dia perlu dikejarkan ke hospital dan memerlukan bantuan oksigen.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Uncle Kentang berkongsi kisahnya ketika melakukan rawatan imbasan sinar X-Ray pada Rabu lalu dan doktor yang merawatnya itu adalah kanak-kanak yang pernah dibantunya ketika dia dibuli 15 tahun lalu.
Lelaki itu pernah dibuli oleh rakan-rakan ketika tinggal di Subang Jaya dan Uncle Kentang cuba meleraikan perbuatan buli tersebut untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.
Kini, kanak-kanak yang pernah diselamatkan daripada buli itu sudah menjadi seorang doktor iaitu Pakar Pulmonologi (seorang yang pakar dalam sistem pernafasan) yang telah melengkapkan pelajaran di United Kingdom.
Dia juga merupakan seorang doktor pelatih di sebuah hospital di Singapura dan seorang penyelidik mengenai COVID-19.
“Dia telah memeriksa saya dengan imbasan X-Ray di bahagian paru-paru dan menunjukkan ibu jari (tanda bagus) setelah memberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan,” kata Uncle Kentang.
Malah, Uncle Kentang yang terkejut dengan kisah tersebut lalu mengucapkan tanda penghargaan kepada Dr. Chong dan tidak menyangka dapat bertemu semula dengannya selepas 15 tahun.
Dalam perkembangan lain, Uncle Kentang juga mendedahkan dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah untuk kuarantin sehingga 14 Februari dan akan sambung semula berbakti kepada masyarakat pada hari lahirnya 16 Februari 2022 ini.
Sumber: [1]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.