Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun disahkan rabun jarak dekat akibat bermain telefon bimbit milik neneknya sejak daripada kecil.
Seorang ophthalmologist daripada Triservice General Hospital di Taiwan mengesahkan perkara ini dan ia adalah kes paling muda seumpamanya.
Menurutnya, kanak-kanak itu diletakkan dibawah jagaan neneknya kerana kedua ibu dan bapa beliau sibuk berkerja. Neneknya sering memanjakan kanak-kanak ini dan membenarkan dia bermain dengan telefon bimbit sepanjang hari sejak daripada kecil.
Kini, selepas berusia 4 tahun, kanak-kanak ini disahkan mengalami rabun dekat dengan jarak penglihatan sebanyak 650 darjah.
Sumber: Elite Reader
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.