Musim hujan ini memaksa haiwan berbisa seperti ular untuk keluar daripada tempat penyembunyian bagi mencari tempat perlindungan baharu.
Mungkin itu yang terjadi kepada seekor ular sawa yang bagaikan ‘menyerah’ diri kepada pasukan bomba dan penyelamat Wangsa Maju, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Memetik hantaran oleh Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL, ular sawa berkenaan datang ke balai bomba dan disambut dengan baik oleh anggota balai yang bertugas.
Ular berkenaan juga telah ditempatkan ke satu lokasi yang selamat selepas ia berjaya ditangkap.
Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.