Kemunculan haiwan seperti tikus, lipas dan lebah di rumah pasti mengganggu rutin harian keluarga Harry Pugliese.
Situasi berubah apabila mereka menjumpai sejumlah ular berbisa di siling rumahnya.
Reptilia itu menjadikan siling rumahnya di Georgia, Amerika Syarikat sebagai tempat bersarang.
Kejadian ini diketahui apabila siling rumah keluarga Pugliese bocor dan runtuh sehingga beberapa ekor ular terjuntai keluar.
Sejak mereka berpindah masuk, keluarga ini sudah membuat aduan terhadap masalah kebocoran bumbung rumahnya tetapi tiada tindakan.
Dia mengambil inisiatif mengupah tukang rumah untuk membaiki menggunakan wangnya sendiri dan tidak akan membayar sewa rumah jika tuan rumah tidak menyelesaikan masalah reptilia itu.
Tuan rumah yang berang akan kejadian telah mengeluarkan notis pengusiran supaya keluarga Pugliese itu keluar daripada rumahnya.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.