Bertempat di utara Virginia, Amerika Syarikat, spesis ular yang amat jarang ditemui telah dikesan dan ia mempunyai dua kepala.
Menurut USA Today , spesis ular berkepala berbisa dua ini mempunyai jangka hayat yang amat pendek dan sukar untuk tinggal di kawasan liar kerana ia mempunyai 2 kepala yang ingin melakukan 2 kerja berbeza.
Spesis ular jenis Copperhead itu dikatakan berusia 2 minggu dan berukuran hanya 6 inci panjang. Spesis ini juga mampu mencapai panjang sehingga 36 inci.
Walaupun ular ini berbisa, ia tidak menyerang manusia melainkan diganggu.
Sumber: UNILAD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.