Hiasan karpet semenangnya menjadi pilihan ramai, khasnya suri rumah dalam memberikan suasana menarik serta keselesaan.
Karpet biasanya hadir dengan pelbagai corak serta geometri tertentu, membuatkan seorang wanita dari Sepanyol ini mengukir ia pada lantai kayu rumahnya.
Selva Aparicio, seorang artis yang kini bekerja di Chicago, Amerika Syarikat telah mencuri perhatian ramai dengan ukiran seakan karpet pada lantai kayu.
Ukirannya nampak seakan-akan karpet sebenar, sehinggalah ia dilihat dengan teliti barulah sedar rupanya ia adalah satu ukiran halus.
“Karpet permaidani biasanya boleh dipindahkan di sekitar rumah. Uniknya, permaidani saya ini pula langsung tidak boleh bergerak,” katanya pada My Modern Met.
Hasil ukiran Selva mendapat pujian ramai yang rata-ratanya turut berminat untuk mendapatkan ‘karpet’ seperti ini pada rumah masing-masing.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.