Pasukan The Reds telah mengesahkan kejuaraan mereka selaku juara Liga Perdana Inggeris untuk musim kali ini.
Pasukan ini beraksi cemerlang sehingga juga menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara dan juga FIFA Club World Cup.
Kejayaan pasukan Liverpool turut diraikan bersama bekas pemain kelab tersebut, iaitu Fernando Torres.
Torres yang pernah beraksi bersama Liverpool pada 2007 hingga 2011 dengan 102 kemunculan mengucapkan tahniah kepada pasukan ini sambil berterima kasih kepada peminat Liverpool.
"Skuad yang sukar dipercayai, pengurus yang hebat, kakitangan yang hebat tetapi di atas semua ucapan tahniah saya ingin berikan kepada setiap penyokong @liverpoolfc. Anda telah lama menunggu dan akhirnya piala yang diinginkan adalah milik anda."
Kemenangan kelab Liverpool ini adalah pertama kali dalam 30 tahun selepas Manchester City tewas 0-2 kepada Chelsea awal pagi tadi.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini hanya memerlukan satu kemenangan sebelum dinobatkan sebagai juara liga.
Akibat pandemik COVID-19, tiada acara sambutan secara besar-besaran dilakukan seperti sebelum ini.
Tahniah Liverpool! You'll never walk alone!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.