Musim tengkujuh dan monsun telah me yebabkan beberapa kawasan dipantai timur ditenggelami air. Ia berlaku hampir saban tahun, menyebabkan penduduk dikawasan ini mencipta alatan tersendiri bagi menghadapi masalah banjir.
Termasuklah ciptaan dua pemuda dari Terengganu ini apabila mereka mengubahsuai motosikal yang mampu meredah banjir dengan cara yang sangat kreatif.
Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22 tahun, telah mengubahsuai motosikal mereka sendiri jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70, supaya ia boleh berjalan meredah banjir.
Menariknya, pengubahsuaian ini hanya mengambil masa 2 jam dengan menggunakan botol plastik dan saluran udara yang mengalir ke karburetor serta hujung paip ekzos yang diletakkan ditempat tinggi.
Video pengubahsuaian ini telah dikongsikan oleh Bernama menerusi laman Youtube mereka:
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.