Selepas menghilang selama tiga hari, seekor kucing di Thailand akhirnya pulang kepada pemiliknya dengan sekeping nota pada leher.
Nota tersebut dalam bahasa Thailand oleh seorang lelaki yang ‘menuntut’ hutang tiga ekor ikan kembong.
Dipercayai nota itu daripada seorang peniaga ikan yang memberikan kucing itu makan sepanjang kehilangan ia daripada rumah.
"Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya.
"Saya berikannya tiga ekor ikan," tulis nota itu sambil disertakan bersama nombor telefon lelaki berkenaan.
Foto kucing berkenaan yang dikongsikan seorang pemilik Facebook Chang Kuak, menjadi tular dan rata-rata warganet merasa terhibur dengannya.
Ada warganet yang berpendapat, kucing itu pasti menyesal dengan tindakannya yang suka merayau sampai tidak balik rumah, dan ada juga yang memuji kebaikkan peniaga ikan berkenaan.
Sumber: Kompas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.