Kredit gambar utama: Shutterstock
Berapa ramai yang memasang azam untuk kurus atau paling tidak ingin mulakan gaya hidup sihat? Macam-macam alasan diberi... Tidak cukup masa, letih seharian bekerja, sibuk menguruskan keluarga, yuran keahlian mahal dan tidak kurang juga tiada kawan untuk beraktiviti. Cukup, cukup! Sudah masuk tahun 2018! Cukup-cukuplah beri sebarang alasan.
Jom mulakan misi kurus hari ini dengan 5 jenis tarian yang boleh dijadikan senaman dan dilakukan di rumah. Tidak perlukan kawan, tiada yuran keahlian dan paling penting anda boleh lakukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.
#1 Tabata
Tak lama pun, hanya beberapa minit diperlukan. Setiap gerakan dalam senaman ini dilakukan tidak lebih 4 minit.
Contohnya 4 minit pertama anda melakukan push-ups 20 saat, berehat 10 saat dan ulangi langkah ini sebanyak 8 kali. Berehat 1 minit.
Teruskan dengan squats 20 saat, berehat 10 saat dan ulangi langkah ini sebanyak 8 kali. Berehat 1 minit.
Lakukan langkah yang sama untuk gerakan burpees 20 saat, berehat 10 saat. Ulangi langkah ini sebanyak 8 kali dan rehat 1 minit.
Akhiri senaman Tabata anda dengan gerakan terakhir iaitu mountain climbers sebanyak 20 saat, rehat 10 saat dan ulangi langkah ini sebanyak 8 kali.
Senaman ini sesuai untuk anda yang tidak banyak masa untuk bersenam tetapi ingin tingkatkan stamina. Penat memang penat tetapi hasilnya berbaloi.
#2 Zumba
Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, Zumba menjadi antara tarian senaman popular di dunia. Senaman ini seronok jika dilakukan beramai-ramai. Selain pergerakannya yang mudah diikuti, muzik yang dipilih boleh membangkitkan mood.
Gerakan Zumba boleh melibatkan elemen salsa, mambo, merengue dan flamenco. Zumba nampak mudah tetapi pergerakan low-intensity dan high-intensity baik untuk meningkatkan stamina, membina otot, keseimbangan, fleksibiliti serta merupakan antara senaman kardio yang baik.
#3 Bollywood
Tarian Bollywood diinspirasikan daripada genre filem Bollywood terkenal yang menggabungkan tarian India, Latin dan hip-hop seperti tarian Bhangra. Gerakannya pantas, dan diiringi muzik rancak.
Dalam tarian India, gerakan dan koordinasi tubuh amat penting, gerakan pantas memberikan tubuh senaman aerobik yang baik, membakar lemak dengan pantas, membentuk otot dan menghilangkan tekanan.
#4 Pilates
Senaman ini dilakukan mengikut aturan tertentu mengikut gerakan yang dinamakan The 100, Criss-Cross, Elephant dan Swan. Pergerakan dalam senaman nampak mudah tetapi memerlukan teknik, ketepatan dan kawalan.
Senaman ini bukanlah aerobik dan perlu diikuti dengan senaman kardio untuk hasil terbaik.
#5 Kpop
Lihat sahaja penyanyi kpop beraksi, gerakan mereka pantas dan tepat mengikut muzik. Lagu-lagu kpop yang rancak ini sesuai dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Menariknya senaman kpop ini, anda tidak perlu susah-susah mencari step. Hanya follow gerakan, lama-kelamaan automatik hafal gerak tarian ini.
Usaha anda untuk gaya hidup lebih sihat dan tubuh yang langsing ini lebih mudah dengan adanya data internet yang banyak, baru la syiok layan video-video senaman, teknik pemakanan yang betul dan stream lagu-lagu catchy untuk temani kala berjoging.
Bersenam, bersenam juga tetapi hendaklah diselangi dengan amalan makanan yang sihat. Ayuh jadikan 2017, tahun terbaik dengan #DigiSuperTererrr.
Dengan Internet berkelajuan tinggi 12 jam tanpa had, anda boleh belajar tutorial penyediaan makanan sihat atau post video Facebook LIVE anda menyediakan makanan sihat yang ringkas dan sedap. Anda juga boleh berkongsi tip dengan kawan-kawan melalui panggilan 24 jam tanpa henti setiap hari. #DigiSuperTererrr #JomInternet with #DigiPrepaidLiVE
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://new.digi.com.my/prepaid/bm/SuperTererrr.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.