Tujuh ekor kucing kini diberi tugas sebagai peneman kepada pengunjung di sebuah perpustakaan di Menara Tianjin, China.
Menurut laporan, kucing-kucing itu akan ditugaskan sebagai 'intern curator', bagi meneman pengunjung yang sepi akibat daripada penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Kucing dengan pelbagai baka seperti Ragdoll, Exotic Short-Hair dan Chinchilla yang berusia setahun akan menjalankan tugas di Perpustakaan Western Shore yang menempatkan ribuan buku.
Perpustakaan itu sebelum ini menarik perhatian ramai selepas dinobatkan sebagai perpustakaan tertinggi di Tianjin dengan ketinggian 257 meter.
Ia dibuka pertama kali pada 18 Januari lalu, namun akibat pandemik COVID-19, pengunjung semakin kurang untuk datang kesini.
Kini ia dibuka kembali kepada orang ramai dan ketujuh-tujuh ekor kucing ini mempunyai tugas yang cukup mencabar bagi menarik minat orang ramai untuk kembali ke perpustakaan berkenaan.
Sumber: AsiaOne
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.