Jika anda biasa dengan tugu Statue of Liberty di New York, mungkin anda boleh bayangkan betapa tingginya tugu patung di Kevadia, India ini.
Mempunyai ukuran hampir 2 kali ganda berbanding tugu Statue of Liberty, patung figura wira kemerdekaan India, Vallabhbhai Patel, bernilai AS$400 juta itu mempunyai ketinggian setinggi 182 meter dan diperbuat daripada keluli dan gangsa.
Patung berkenaan dibina menggunakan 210,000 meter kubik simen, 25,000 tan keluli dan 1,700 tan gangsa, dengan mengambil masa selama 33 bulan untuk menyiapkan tugu berkenaan.
Pembinaan tugu itu juga antara usaha untuk memperingati para pemimpin yang semakin dilupakan, seperti Patel, yang diingati sebagai tokoh yang menyatukan 562 negeri asal di India.
Sumber: NDTV
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.