Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Trend Seluar ‘Separuh Rindu’ Popular Di Kelantan Cipta Fenomena, Raih Permintaan Tinggi

Seluar istimewa ini direka dengan corak berbeza di bahagian paha.
Muhammad Izwan Zainal
09 Jul 2021, 05:27 PM

Pasangan suami isteri dari Kubang Kerian, Kelantan menyerlahkan kreativiti untuk menjahit seluar bercorak unik dinamakan 'Separuh Rindu' sambil menjana pendapatan.

trend seluar ‘separuh rindu’ popular di kelantan cipta fenomena, raih permintaan tinggi

Menurut Zarina Johan, minat mendalam terhadap pakaian berfesyen pelik 'gabung padan' mendorongnya untuk menghasilkan seluar berkenaan.

“Saya belajar menjahit secara asas hanya dalam masa dua bulan sahaja secara bersemuka, tetapi atas kekangan PKP, selebihnya saya belajar secara dalam talian.

“Seluar cantuman jenis bercorak batik dan pelikat digabungkan dengan kain berwarna kosong, direka cipta oleh kami secara tersendiri dan kini menjadi fenomena kepada golongan muda, dewasa dan kanak-kanak,” katanya.

trend seluar ‘separuh rindu’ popular di kelantan cipta fenomena, raih permintaan tinggi

Tambahnya, usaha menjahit pakaian itu tular apabila dia menjahit seluar untuk tiga anaknya dan meletakkannya di status WhatsApp sehingga mendapat tarikan ahli keluarga serta kenalan.

Hasil sokongan dan bantuan tenaga suaminya, Mohd Rosoliza Mohd Zawawi membuatkan Zarina terus kuat menjahit seluar ini.

Suaminya memaklumkan seluar cantuman sebegitu dipanggil 'seluar kahwin' dan amat popular di Kelantan kerana direka cipta dengan corak berlainan untuk kedua-dua belah bahagian paha.

trend seluar ‘separuh rindu’ popular di kelantan cipta fenomena, raih permintaan tinggi

“Corak ini kami berikan nama Separuh Rindu kerana separuh kain adalah bercorak, manakala separuh lagi dipadankan dengan warna kosong. Pemakai seluar ini pula dianggap berani dan ada karisme tersendiri,” katanya.

Kebanyakan pelanggan menempah seluar itu secara sedondon sekeluarga dan ia dijual pada harga RM23 (berpoket RM28), siap santai RM15 (berpoket RM18), palazo RM15 dan kanak-kanak pula mengikut saiz bermula RM5.

“Seluar Separuh Rindu ini semakin tular dan menjadi 'trend' untuk digayakan secara santai malah ia selesa semasa dipakai dan kami tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan tempahan,” katanya.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}