Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Disebabkan Gen Z, Kamera Digital Kembali Popular! Tapi Apa Puncanya?

Kenapa Gen Z bukannya millennials?
Hanafis Haris
06 Dec 2024, 11:27 AM

Gen Z using digital camera

Kredit: Canva (@pexel, @corelens, @dapaimages)

Korang tahu tak sejak dua menjak ni kamera digital makin popular? Sana sini FYP weh, ramai betul yang show off gambar atau outfit of the day (OOTD) hasil daripada kamera digital! 😍

Tapi kenapa kamera digital kembali popular? Apa puncanya? 🤔

Kamera Digital Viral? Thanks to Gen Z & TikTok! 

Yup semuanya berpunca daripada TikTok apabila trend kamera digital mula FYP dan viral.

Selain itu, ada juga yang kata trend kamera digital bermula apabila influencer Lauren Wolfe memuat naik gambar perbandingan antara kamera telefon pintar dan kamera digital.

Hasilnya, ramai pengguna media sosial terutama golongan Gen Z kagum dengan kualiti hasil kamera digital yang dikatakan lebih natural, realistik biarpun tanpa sebarang filter. Stunning! 😍📸

Gen Z Lebih Appreciate Kamera Digital 

@sfeashraa

went to the viral digital camera shop in Akihabara Japan aaaand I don’t recommend it🤣 cameras are just way too overpriced unless you REALLY wanna buy it the. I guesssss its fineeee.. but it doesn’t come with a charger or anything. Purchase at ur own risk lol BUT THE PHOTOS ARE CUTE SO

♬ BIRDS OF A FEATHER - Billie Eilish

Mesti korang tertanya kan kenapa Gen Z dan bukannya millennials? 

Kalau nak tahu trend kamera digital telah menarik minat ramai Gen Z terutama mereka yang ‘dahagakan’ gambar yang aesthetic, real, tak over-filtered ✨ dan semestinya slay 💅

Malah ramai juga Gen Z yang sukakan efek ‘retro’ yang dihasilkan menerusi kamera digital. Vibe katanya!

Selain Gen Z, ramai juga selebriti join trendini termasuklah supermodel terkenal Bella Hadid, penyanyi Dua Lipa dan pelakon Brie Larson.

Jualan Kamera Digital Meningkat? 📈 

Kalau nak tahu, jualan kamera digital sebelum ini sebenarnya agak teruk dan ramai menjangkakan gajet ini akan ‘terkubur’ tidak lama lagi.

Bayangkan menurut laporan Japan Camera & Imaging Products Association (CIPA), jualan kamera digital global pada Februari 2019 menjunam -30% berbanding Februari 2018.

Namun, ini lah dikatakan plot twist! Disebabkan trending ini, keuntungan kamera digital dijangka bakal meningkat!  💸📸

Jadi nampak gayanya kamera digital belum bersedia lagi untuk pupus! 😉

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}