Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018. Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia.
Menerusi satu kenyataan akhbar, Institut Kanser Negara telah menerbitkan laporan 5 tahun kedua, Malaysia National Cancer Registry Report 2012 – 2016 (MNCRR), bagi melihat trend insiden kanser di Malaysia dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2016.
Bagi tempoh itu, sepuluh jenis kanser tertinggi dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.
Bagi jantina pula, kanser kolorektal adalah paling tinggi dalam kalangan lelaki diikuti oleh kanser paru-paru dan kelenjar prostat.
Manakala bagi kaum wanita pula, kanser payudara adalah paling banyak direkodkan, diikuti oleh kanser kolorektal dan pangkal rahim.
Kanak-kanak dari 0-14 tahun pula, leukemia dan kanser saraf tunjang dikesan seawal usia ini, manakala limfoma pula dikesan pada usia 15 hingga 24 tahun.
Analisis mengikut etnik pula menunjukkan kaum Cina paling kerap dikesan menghidap kanser diikuti oleh kaum Melayu dan India.
Jika anda mendapati terdapat perubahan yang ketara pada anggota tubuh badan anda, sila dapatkan pemeriksaan segera dimana-mana pusat perubatan ok?
Baca dengan lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-3-januari-2…/
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.