Kebanyakkan teksi di Tokyo kini sedang dalam proses pembangunan dimana ia berupaya untuk pandu sendiri tanpa pemandu.
Tokyo yang juga merupakan tuan rumah Sukan Olimpik 2020 berharap agar teknologi teksi tanpa pemandu ini akan menjadi salah satu daripada tarikan dinegara itu nanti.
Projek teksi pandu sendiri yang masih lagi dalam proses ujian ini adalah antara kolaborasi robot dengan teknologi pemanduan auto oleh syarikat ZMP bersama syarikat teksi, Hinomaru.
Dalam ujian pemanduan itu, teksi tanpa pemandu ini berjaya membuat 4 trip pemanduan sehari dalam kawasan Otemachi dan Roppongi, iaitu kira-kira 5.3 kilometer. Penumpang hanya perlu berada di dalam kenderaan dan pintu akan dibuka selepas penumpang membuat bayaran setibanya dilokasi menerusi aplikasi dalam telefon pintar.
Cool kan?
Sumber: Fareastgizmos
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.