Macam tidak percaya bukan? Semut dilihat sebagai serangga kecil tetapi kedatangannya boleh menyebabkan keadaan jadi huru-hara apabila ia berada di dapur atau tempat yang mempunyai makanan.
Rata-rata individu pasti akan menggunakan penyembur serangga tetapi sedarkah anda ia tidak terlalu berkesan dan semut masih datang ke tempat sama.
Kami kongsikan tips cara-cara untuk menghalau semut secara semula jadi tanpa membunuhnya iaitu dengan menggunakan kulit timun.
Semut akan menjauhkan diri daripada timun kerana tidak menyukai bau timun yang terlalu.
Antara cara untuk melakukannya ialah;
1. Bagi membasmi semut, kupas kulit timun kerana ia adalah bahagian paling beraroma selain mempunyai rasa yang pahit.
2. Letakkan kulit timun pada bahagian yang mempunyai semut seperti lubang dinding atau laluan semut yang berada di rumah.
3. Biarkan kulit timun semalaman dan semut akan lari dan tidak lagi kembali.
4. Letakkan kulit timun di kawasan dapur atau ruang lain rumah anda dan baunya akan membuatkan semut takut.
Anda juga perlu beringat untuk menjaga kebersihan selain menyimpan makanan dan minuman di tempat tertutup supaya semut atau serangga lain tidak mencemarkan rumah anda.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.