Kerajaan akhirnya memberi kebenaran merentas negeri bermula hari ini kepada semua rakyat Malaysia setelah kadar vaksinasi golongan dewasa mencapai 90 peratus.
Selain persiapan seperti melakukan ujian menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung, pelbagai tip pemanduan yang perlu anda ambil berat terutamanya pemanduan malam.
Pemanduan pada waktu malam agak berbeza berbanding memandu pada waktu siang.
Berikut antara tip pemanduan waktu malam untuk perjalanan anda lebih selamat yang boleh anda ikuti;
#1 - Malapkan cahaya dalam kereta
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh mengganggu fokus pemanduan anda.
#2 - Pantau suasana sekeliling
Anda perlu peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu di waktu malam kerana dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang melompat ke arah kereta anda atau situasi lain yang boleh berjalan ke arah kereta anda.
#3 - Rehat mencukupi
Jika anda ingin melakukan pemanduan jarak jauh pada waktu malam, pastikan anda telah mendapat rehat secukupnya.
Sebelum bertolak, tidurlah dalam satu ke dua jam supaya tubuh badan anda lebih segar untuk memandu selepas itu.
#4 - Minum kopi
Meminum kopi atau minuman yang mengandungi kafein juga dapat membantu anda menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
#5 - Elak kawasan sesak
Jika anda ingin berhenti di RnR, pastikan kawasan itu tidak terlalu sesak dengan orang ramai.
Jika terdapat ramai orang contohnya di kedai makan, pilihlah untuk bungkus dan makan sahaja di dalam kereta atau di luar kereta dengan lebih selamat.
#6 - Selenggara lampu hadapan
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam.
Anda boleh disaman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.
#7 - Kekalkan jarak selamat
Pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda dan jangan terburu-buru untuk mengelakkan kemalangan.
Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan buat emergency break.
#8 - Berhenti rehat
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika kerana anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Sumber: Maskulin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.