Seorang lelaki maut ketika berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo pada Rabu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.47 pagi dan lantas menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kereta.
“Terdapat seorang mangsa lelaki merupakan pemandu Proton Waja berusia 37 tahun tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
“Mangsa telah meninggal dunia setelah disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Tambahnya, seorang pemandu didapati hanya mengalami cedera ringan manakala dua lagi individu kenderaan lain tiada sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan pasukan trafik sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya.
Sumber: Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.